Blog ini ditujukan kepada semua wanita terutama sekali yang tinggal di kawasan operasi Klinik Kesihatan Bandar Jengka (KKBJ) . Tujuan blog ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai kesihatan wanita terutamanya mengenai kanser serviks dan pap smear.
Pap smear adalah ujian saringan untuk mengesan kanser serviks. Ujian ini dilakukan untuk wanita yang berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai faktor risiko untuk mendapat kanser serviks.
Untuk pengetahuan anda, saringan pap smear boleh dilakukan di klinik kesihatan, Klinik Kesihatan 1 Malaysia dan klinik-klinik desa. Kepada wanita-wanita yang tidak dapat ke klinik kesihatan pada waktu pejabat, anda boleh ke Klinik Kesihatan 1 Malaysia yang dibuka setiap hari dari 10 pagi ke 10 malam.
Kepada sesiapa yang berminat untuk melakukan pap smear, anda boleh membuat temu janji melalui salah satu daripada cara berikut :
1) Menghubungi Klinik Kesihatan Bandar Jengka atau klinik-klinik desa melalui nombor telefon seperti yang tertera.2) Meninggalkan maklumat diri anda di ruangan temu janji yang disediakan di blog ini.
3) Menghubungi kami melalui Facebook.
Prosedur pap smear ini boleh dilakukan sama ada di KKBJ, klinik desa atau Klinik Kesihatan 1 Malaysia mengikut keselesaan anda.